USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 26, 2012

TRIP JAKARTA - BANDUNG - DAY 2

Hai semua.. alhamdulillah dpt jugak aku update blog aku ni. rajin plak la.. ok la ni nak citer pasal hari kedua semasa aku berada di bandung. entry kali ni banyak gambo. so tengok la gambo smpai muntoh.. hohohoho

aku stay kat Naval Hotel Bandung. Bilik kat sini ok.. cantik bersih.. ok la. selesa sangat. 

ni ms bfast kat sini. aku suke makan spegeti die. sedap.. sbb banyak lada hitam..
kak lily.. my roomate..

 korang nampak tak sape yg menunggu kami kat depan bas ni.. pecah telur pak... takot aku. penjaja di sini terlalu ramai.pantang nak bas pariwisata (pelancong)

sebelum nak jejalan kene bergambo dulu. tu wajib.. hehehe

destinasi pertama aku adalah tangkuban perahu. semasa perjalanan ke sini, pak widi ade menceritakan kisah mcm mane wujudnya nama tangkuban perahu. tangkuban perahu ni adalah gunung berapi yang masih aktif dan berbentuk perahu. tapi kisah dongeng pasal tangkuban perahu ni best jugak. tentang sangkuriang dengan dayang sumbi. menarik sgt citer sedar2 dah sampai tangkuban perahu

bas tidak dibenarkan naik sampai ke puncak. so aku kene naik van plak utk naik sampai ke atas. seronok sumer.. heheh

ini la die tangkuban perahu. cantik kan. masih berasap. sebab tu bau sulfur kuat.  takut gak aku. sbb pak widi ckp 2 mggu sblm tangkuan perahu ni ditutup kepada pengunjung sebab tmpt didalam keadaan merbahaya. mcm nak meletop la. al-maklum la, gunung berapi ni kan masih aktif. berani tul diaorg yg duk kawasan ini. Alhmdulillah.. Malaysia xde pun gunung berapi. syukur sangat. 

posing itu wajib biarpun penuh gamba ni.. hehhe

dan lagi.. suke aku.. huhu

ni plak tempat yg wajib untuk bergambar bile dah datang tangkuban perahu. klau xde gambo ni mmg x sah. same jugak. kalo pegi bandung x pegi tangkuban perahu ibarat mcm x lengkap la trip kite tu n wajib ade gambo ni.

posing bersama kak lily

ops!! kami lagik.. huhuhu

bersama ofismate.. cantikkan gamba ni. banyak2 gamba, gamba ni yg aku suker
farah, oja, kak liza, kak wati, zana, aku n kak lily..

view dari tempat skodeng.. heheh  kat bawah tu ade gerai menjual cenderamata. aku x pegi pun. aku skodeng dari sini jer. x larat nak jalan.

name pun dah tempat skodeng kan. so aku skodeng la couple ni skali. haa.. watpe tu.. gamba mas n hubby nyer..

yg x tahan kat tangkuban perahu ni adalah penjaja. adoi.. lemah aku. aku x suggest korang beli cenderamata kat sini sebab mahal. korang bayang la. kalau kaki gunung harga tasbih 5pcs 100k rupiah. kalau kat atas 2pcs 100k rupiah. so banyakkan bezanya. yg penting jgn gatal2 tanya brape harga, nnti diaorg akan ikut korang sampai korang beli. mcm pakse la. aku? mcm biase la. buat bodo. penat weh ngan diaorg. tension aku.

nice view.. cantiknye ciptaan Tuhan.. sangat kagum. kekadang aku tengok view ni mcm kat jepun lak. heheh

korang tengok. kene kerumun dengan penjaja. sorang kene kerumun smpai 4 org. x serabut namenye..

geng aku.. muke tension sbb penjaja asik ikut jer. aku mmg buat muke giler ms ni

selepas penat meredah lautan penjaja di tangkuban perahu, perut terasa lapar.. berenti makan masakan padang. mknan die ok la. aku leh telan. so xde la x sedap mcm yg di gembar gemburkan..

banyak kan menu die. 

ms ni kat rumah mode. factory outlet kat sini..

hensem tak ms bergambo kat sini?? hehehe aku x beli papepun kat sini. mule2 masuk kat dalam ni. tgk baju asik size M, L.. size aku?? so aku pn x beli pape. so aku bergambo jer la kat sini. lagipun badan dah penat ms kat tangkuban perahu..

time to shopping kat toko tiga. tmpt ni best. jeans die murah sangat.. barangan berjanama tau. jeans levis.. tp mcm biase. aku tetap xde size jeans di sini. so aku beli t-shirt hard rock kat sini. kain die sgt best, so aku beli 2 helai. satu tuk aku n 1 satu lgi tuk cinta hati aku di malaysia.. sib baik tshirt ade size..

korang tengok.. penjaja naik sampai kedalam bas. serabut ooi... mlm plak singgah ke cindabuyut. aku x snap pun gambo. penat oo.. x larat nak capture. aku sempat la grab 1 handbag kulit yg berharga 1.5juta rupiah. beli handbag smpai berjuta. hehehe. tp sbnrnye murah. 3++ jer. kulit original n handmade org sane.

ok la esok aku sambung plak untuk hari ke tiga aku di bandung... -

No comments:

Post a Comment