USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, September 20, 2014

Resepi chicken grill yang meletops!!

Assalamualaikum.. Pekabo kekawan sume.. Sempena ngan cuti ari sabtu ni aku bak share resepi yg aku rase meletop la.. Walaupun x sehebat chef tp aku suke sangat masak masakan western. En somi pun sama angkatan ngan aku. SUKE MAKAN... sebab tu kami comey.. Huhuhu :-P
Ok la. Dari aku melalut smpai korang muntah baik aku share resepi ni.
Tapi sebelum tu. Ni adalah resepi aku hentam jer. Sib baik la sedap jugak. Huhuhu
Chicken grill meletops..
Bahan2 ayam
2 pehe ayam yang dh di buang tulang.
5 biji Bawang putih (di tumbuk halus)
1 inci Halia (ditumbuk halus)
1 sudu Mix herbs
Sos tiram
Kicap
Madu + lada hitam
Garam
Cara2
Gaulkan semua bahan tadi dan perap 1/2 jam.
Bakar sampai masak. Aku masak pakai pan jer..
Bahan sos
Apabila dah selesai membakar. Air perapan tu jgn buang tau. Boleh buat sos...
Butter
2 biji Bawang putih (dicincang)
1 bj bawang besar (jenis holland potong dadu)
Cendawan shitake + lada hitam (dicincang)
1/2 cawan Fresh milk
Bancuhan 1sudu Tepung gandum + sedikit air
Garam
Cara2.
Panaskan butter
Tumis bawang putih n bwg besar hingga naik bau.
Masukkan air perapan, masukkan fresh milk. Kalau nak kuah lebih tambah air skit.
Masukkan cendawan shitake cincang.
Masukkan garam. Tunggu sampai mengelegak
Masukkan bancuhan tepung gandum.
Gaul hingga pekat. Tutup api dan sedia untuk di hidang...
Hidangkan dengan gentang goreng n salad.
SELAMAT MENCUBA
JOM CUCI MATA

No comments:

Post a Comment