USIA PERKAHWINANKU

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 24, 2014

DEMAM MENGEJUT

Hai semua.. ape kabo semua?? aku alhamdulillah sihat. 
just nak share 2 hari lepas aku kene demam panas mengejut. pagi tu macam biasa aku pegi keje n siap boleh masak bekal untuk en. somi. tetibe pukul 11 kat ofis aku sakit belakang yang amat sangat n ketar-ketar kesejukan. habis kebas tangan2 aku menahan ketar. Sib baik la aku ade hero yang datang mnyelematkan aku. sape lagi kalo bukan en.somi tersayang. nangeh2 aku tepon die.. manje la kunun.. abis aku tepon mak n adik beradik.. manje tak? manje tak? huhuhu bkn ape aku x dpt tepon en somi. tahan sangat sbb xtau nak mntk tolong sape ms tu. kebetulan ofismate aku sume pegi lunch. 

pegi klinik.. nah.. suhu badan aku mencanak naik hampir 40' . tinggi kan.. aku pun x sangka aku demam sebab aku xde selseme n batuk2. pelik... pastu doktor aku di suspek denggi.. ARGH.. TIDAK.... ms tu aku sangat2 lemah. sejuk badan dah hilang tapi kepala jadi panas yang teramat n sakit kepala yg teramat. hanya Tuhan sahaja yang tau mcm mane seksenye.. ms sakit aku x sempat nak google pasal denggi ni. tp mak aku yang google. simptom2 sume ade pada aku. apakah benar?? so mlm tu en.somi pakse aku pegi spital. so kami ke kmc kuantan. ingat nak admit tp kebetulan mase tu ward penuh. so aku pegi ke kecemasan n ambik darah. alhamdulillah keputusan darah aku xde denggi.. syukur sangat2. just kuman dalam darah n ade virus fever. doc hanya bagi bat demam n antibiotik. alhamdulillah.. aku semakin sihat dlm ms 2 hari. mak aku la nurse. on time bagi aku ubat. masak sup ketam la.. bagi aku minum sebotol air 100 plus, pastu minum air cap badak. lulur kepale ngan air asam jawa.. arrhh.. bersyukur sangat sebab aku masih ade mak. walaupun aku dah kawin tp bile sakit aku tetap nak mak jaga... thanks mak.. yana sayang mak sangat2.. 

ok la.. aku nak share ape itu demam denggi. ini sumber wikipedia..

ha.. sape2 x kenal nyamuk aedes meh aku sekeh.. heheh ni la rupe nyamuk yang membawa maut ni

apakah itu demam denggi??
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedesaegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda-tanda dan genjala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).
Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.
Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.
ye betul. air sangat penting. ok ni cara rawatan yang biasa org buat
1) sup ketam (sup ketam ni sangat bagus sebab Ketam mengandungi sejenis protein yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi.)
2) Minum air 100 plus
itu je cara yang aku tau n boleh share.. harap dapat la membantu korang yer.. 
ok la.. tata :)

Saturday, September 20, 2014

Resepi chicken grill yang meletops!!

Assalamualaikum.. Pekabo kekawan sume.. Sempena ngan cuti ari sabtu ni aku bak share resepi yg aku rase meletop la.. Walaupun x sehebat chef tp aku suke sangat masak masakan western. En somi pun sama angkatan ngan aku. SUKE MAKAN... sebab tu kami comey.. Huhuhu :-P
Ok la. Dari aku melalut smpai korang muntah baik aku share resepi ni.
Tapi sebelum tu. Ni adalah resepi aku hentam jer. Sib baik la sedap jugak. Huhuhu
Chicken grill meletops..
Bahan2 ayam
2 pehe ayam yang dh di buang tulang.
5 biji Bawang putih (di tumbuk halus)
1 inci Halia (ditumbuk halus)
1 sudu Mix herbs
Sos tiram
Kicap
Madu + lada hitam
Garam
Cara2
Gaulkan semua bahan tadi dan perap 1/2 jam.
Bakar sampai masak. Aku masak pakai pan jer..
Bahan sos
Apabila dah selesai membakar. Air perapan tu jgn buang tau. Boleh buat sos...
Butter
2 biji Bawang putih (dicincang)
1 bj bawang besar (jenis holland potong dadu)
Cendawan shitake + lada hitam (dicincang)
1/2 cawan Fresh milk
Bancuhan 1sudu Tepung gandum + sedikit air
Garam
Cara2.
Panaskan butter
Tumis bawang putih n bwg besar hingga naik bau.
Masukkan air perapan, masukkan fresh milk. Kalau nak kuah lebih tambah air skit.
Masukkan cendawan shitake cincang.
Masukkan garam. Tunggu sampai mengelegak
Masukkan bancuhan tepung gandum.
Gaul hingga pekat. Tutup api dan sedia untuk di hidang...
Hidangkan dengan gentang goreng n salad.
SELAMAT MENCUBA
JOM CUCI MATA

Monday, September 15, 2014

SAKIT ADALAH PENGHAPUS DOSA-DOSA KECIL.

Assalamualaikum.. pekabo wok?? aku sihat jer.. cuma arini lemau skit. maklum la dah 5 hari x masuk ofis. aku pegi kursus x-plorasi integriti di genting view resort. ini bermakne 3 hari aku tinggalkan somi aku. kesian die kene duk umah sorang2. dah la perut duk sakit jer.. Demi tugas SYMP la.. ok la stop cerita pasal kursus. 

Sebenarnye aku nak citer pasal penyakit aku yang di hidap 2 tahun. Aku pernah keguguran 2 kali. Dah xde rezeki aku nak mempunyai cahaya mata. tp aku redha. usaha tetap diteruskan.... mesti korang nak tau aku sakit ape kan. ok.. aku tunjuk gambo jap.

Ini lah penyakit aku, Fibroid! size fibroid di dalam rahim aku 13cm x 10cm. besarkan.. perut aku ni dah mcm org prengnant dah. kalo aku jumpe kwn2 aku sume org tanye bl due? merah jugak la muke ni. tp x boleh nak salahkan diaorg. aku pun x marah sikit pun. cuma sentap atas diri sendiri jer. aku anggap inilah dugaan untuk aku. aku redha. 

Apa yang aku tahu fibroid ni mcm sejenis ketumbuhan yang mcm ketuat la. kat rahim. tidak merbahaya. tp yang paling aku tak tahan time period. sakitnya hanya Allah sahaja yang tau. mcm nak memulas pinggang aku ni. bl waktu period adalah saat yang paling aku takot. kdg2 hampir setiap bulan aku mc. tp nak wat cmne. xkan aku nak keje dalam keadaan menahan kesakitan
Aku tanya doc fibroid ni ade ubat tak?? doc kate xde melainkan operate.. apa OPERATE??? aku takot weh. mule la fikiran aku ni rase seram. sedangkan kene pisau kat tangan pun dah mcm nak nangis ini kan org toreh perut comel aku ni.. wargh.... TAKOTNYA!!! En somi aku mmg kalo boleh xnak suh aku operate. ye la.. sape x sayang bini kan.. hukhukhuk tp skang ni dah semakin redha, ye la. sampai bila kan... aku pernah cuba berubat cara alternatif dengan pergi ke klinik homeopathy tp x berkesan. ok skang ni aku cuba 1 produk yg di saranakan adik aku. mexorea catalyst produk. cuba je la.. mane tau dgn ikhtiar ni menjadi. doakan yer.. 


Next appointment hospital bulan 1 ni. hope ada perkembangan positif . doakan yer.. 

Saturday, September 6, 2014

TAHNIAH DI UCAPKAN

Mesti pelik kenapa aku tulis tahniah diucapkan. sebenarnye Tahniah diucapkan kepada aku sebab dah setahun lebih aku x update blog ni.. hahahahah (ketawa bangga).. 

ok.. ni antara sebab aku x update blog..

1) Bz ngan keluarga.. Al-Maklum la.. aku ni kan isteri mithali.. kalo kat rumah confirm aku x buka laptop. lame dah laptop aku berhabukk.. hurmm... :(

2) Bz ngan kerja hakiki ku di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahangt.. (bz la sangat.. :P)

3) Bz ngan ngan Business online ku. Yang ni mmg x dinafikan.. aku mmg sgt2 bz ngan Yana Craft. yela.. gaji aku ciput so aku kene cari alternatif lain untuk mencari side income. Alhamdulillah dah 5 tahun aku berbusiness ngan Yana Craft. Kalau berminat nak beli Felt, Craft supply & Handmade boleh la ke blog sy yer. http://yanacraft.blogspot.com . jangan lupe jenguk yer.. 

4) Kekadang aku lupe aku ade blog kesah ku ni.. hahahha.. (ayat ni x boleh blah) tp ni la hakikatnye.. :P

5) Alasan yang paling besar dari segale2 alasan.. aku malazzzzzzzz .. yeah.. penyakit yang paling merbahaye ni.. aku harap aku dapt merawat sakit ni. doakan yer.. kalau dapat merawat sakit ni alamatnye semakin rajin aku update blog ni.

ok la. aku nak stop stakat ni. Arini ari sabtu tapi aku kene keje... uuuwwaaaaa.... tepu weh.. ari sabtu mcm ni slalu aku bz di rumah. kemas rumah, basuh baju, sapu sampah memasak, pastu gi jalan umah mak.. tp arini aku memerap kat ofis nih.. argh...bohsan tul la... k.. bai... :(((



Friday, May 17, 2013

SESI PEMBERSIHAN

Hello.. pekabo.. lame betul aku x nak update blog. 
kemalasan kesangatan kemelampauan smpai tahap kebosanan.
 ok la.. yana nak buat checklist story yana la.. banyak dah citer yang dah terlepas.. nnti la.. slow-slow yana update citer ye. tunggu.. 

^__^


Friday, November 30, 2012

SAMBAL SOTONG VS KOBIS LEMAK PUTIH

Hai semua.. arini ari rajin update blog.. just nak share ape yg aku masak semalam. Semalam ade menu sambal sotong (kegemaran aku) ngan kobis lemak putih (kegemaran hubby).  Alhamdulillah.. walaupun aku bz ngan keje n business. urusan rumahtangga aku x abai. aku akan cuba juga masak ms bfast dan dinner untuk hubby. bab org kate.. kalau nak ikat suami kite, salah satu cara adalah air tangan isteri. biar la masakan tu x sedap mane pun yg penting kite masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. so masakan tu akan jadi sedap.. terikut2 ayat mastercher. hehehhe... 

ok la.. aku nak tayang skit masakan aku smlm.. huhuhu..


sepinggan ni byk tapi abis utk kami berdua. tgk badan la kan.. hehhehe


dan lagi..


 dan lagi.. terliur tak??


ini plak makanan peberet hubby. masak lemak putih kobis.


aku letak tempe ngan suun untuk memberi rase lodeh skit


erm.. sedapnye. hubby makan sampai licin skali ngan kuah tu siap hirup sampai licin.. bangga aku sebagai tukang masak.. hehehe 

alhamdulillah.. ini saje menu dinner aku .. ok la. babai.. :)





Thursday, November 29, 2012

NASI GORENG SARDIN

Malam tadi sangat malas nak masak lauk, gulai, kesimpulannye nasi campur la.. dok godek2 dlm peti daging ade. tapi keras sesangat.. perut dah lapar. al-maklum la baru pas balik keje. nak tunggu daging lembut adoi.. so kesimpulannye.. masak nasi goreng sardin.. dah lame x masak. menu ni menu glamor ms sahur lepas. sbb x payah isi rencah daging ke, ayam ker. ape yg perlu IKAN SARDIN... huhuhu


sedap tak nampak? sedap.. sendiri tanye sendiri jawap.. perasan.. heheheh


nak resepi tak?? simple jer. semua org boleh buat..
 ok ni resepinyer

RESEPI NASI GORENG SARDIN

2 mangkuk nasi  
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih  - ditumbuk
2 sudu cili boh (kalau suke pedas letak lebih)
2 sudu sos cili
1 tin kecil sardin - di lenyek2 
3 batang kacang panjang - di potong halus
3 batang sawi - di potong halus
garam secukup rasa

Cara-Cara

Tumiskan bawang merah, bwg putih hingga naik bau kemudian tumiskan cili boh sampai pecah minyak. pastu masukkan ikan sardin yg dah dilenyek2 tu bile dah sebati baru letak sos cili, kacang n sayur pastu letak la garam secukup rase.. bile semua dah sebati baru masuk nasi...

nasi goreng ni kene gaul lame2 sket. kalau gaul skejap x brape sedap. itu yg aku perasan la.. mungkin org tau. cume aku jer baru perasan. huhuhu..

nak sedap lagi isi la papedom, ayam goreng utk bagi nampak xklusif nasi goreng ni. xde la nampak sardin sangat.. name pun dah sardin.. heheheh..



2 pinggan sajer.. untuk aku n hubby.. hubby suke makanan di hias mcm ni. xcited terlebih die.. makan sampai menjilat ke siku.. sedapnye masakan bini die.. perasan lagi aku.. huhuhu

ok la next time kalau aku rajin aku update lagi blog ni.. babai...



Wednesday, November 28, 2012

TRIP JAKARTA - BANDUNG - DAY 4 (LAST DAY)

CAK!! Rajinnye aku update blog semenjak 2 menjak ni.. hehehe.. puji diri sendiri sambil kembang idong.. huhuu  ok. arini aku nak citer lastday trip aku kene Negara Indon ini.. sedar x sedar dah nak balik M'sia.. Seronok sangat.. . Sebenarnye sbelum aku ke Airport, sempat jugak la group aku pg singgah ke mangga dua. tapi aku x capture gambar pun. sebab?? sebab aku demam.. sbenarnye antibodi aku ni lemah. x bleh penat sikit. kalau penat confirm aku demam... so ms kat mangga dua aku just hoping handbag murah, clucth n last untuk memperabihkan duit yg ade, aku shoping jam batu swaroski..betul ke aku eja? hentam la.. pas shopping aku melepek kat bas. x larat nak jalan. demam dah semakin merebak.. 

tgk beg aku?? dah beranak kan.. hehe sbrnarnye ni beg aku ngan kak lily. tetap tersenyum walaupun demam sbb dah nak balik mesia.. hehe

posing dulu.. wajib.. 

kumpul beg sblum beg nak di timbang. debor gak. tkot beg lebih muatan. Alhamdulillah.. beg aku 22 kg. skit lagi. maksimum 23kg. huhuhu


bergambar ngan kak lily n mas.. ms ni aku dah jatuh miskin. duit rupiah dah abis.. pegi jutawan, balik dah jadi muflis.. heheh

last pic di Airport Sukarno Jakarta.. Babai Indonesia.. entah bile aku dapat ke sini lagi. InsyaAllah kalau ade rezeki aku nak pegi jugak ngan family tersayang plak. tp tunggu la ade rezeki lebih...

Abis dah citer pasal Jakarta - Bandung Trip.. 
Tata..... 

Tuesday, November 27, 2012

TRIP JAKARTA - BANDUNG - DAY 3

Hai semua.. ok kali ni aku nak citer pasal hari ke-3 trip aku ke sini. Dalam banyak2 hari, hari ni yg paling best sbb tujuan utama aku kat sini adalah nak memborong kat Pasar Baru.. sgt xcited ms ni. Order dari family punye la bnyak. bleh ke aku bwk? dah la baru pas keguguran.. 


aku ngan mas sempat lagi bergambo di kedai telekong. telekong sgt murah.. kalau kat mesia harga RM100++ tapi kat sini RM66 jer. kain plak cantik. aku borong 6 pasang. 

ms ni kaki aku dah rase sakit. so mule2 x plan pun nak beli. aku biar kak lily ngan mas jer beli, tp aku terbeli plak sepasang kain jubah sulam utk adik bongsu aku. murah sangat!! sebab aku x beli?? sendiri mau ingat yer. aku pakai 5m. org lain bleh la. diaorg pkai 4m. sedey... :((

suasana di Pasar Baru yg gamat. Ramai giler org. aku sempat lepak kat tangga jap utk melepaskan lelah menyoping..

ms ni nak tunggu bas. kami berkumpul ramai2.. ms ni serabut oo.. penyanyi jalanan, peminta sedekah, penjaja... aiiyooo.. bikin muntah aku. siap cuit2 badan aku nak mntak sedekah. aku bkn xnak bagi. tp takot nnti bile aku bg sorang, ramai plak yg serbu.. kesian ngan cara kehidupan di sini. agak daif. sekali lagi aku berbangga menjadi rakyat Malaysia..

Sekali lagi berhenti makan masakan padang untuk lunch.korang perasan tak. aku bkn makan kedai yg same. aku makan kat kedai lain. tp menu die tetap same. perut dah lapar. aku peduli ape menu yg same. aku bedal jer. 2 pinggan jugak. heheh 


menu wajib bagi nasi padang. sambal ijo.. 

zana, aku kak lily n kak cida. gamba ktorg baru pas borong kat kartika sari,, x smpt nak snap gambo ms kat kartika sari.

lepas balik dari Pasar Baru, rombongan aku terus ke Jakarta. so aku tido semalaman di Jakarta, Jalanraya di sini sangat macet (jem). ape yg aku perasan. kat Bandung n Jakarta xde traffic light. So pemandu pun sesuke ati bwk kenderaan. aku duk dlm bas pun asik debor. walaupun disini agak jem dan x kuat undang2 jalan raya, yg pasti kat sini xde kemalangan. pelik kan. xtau la ms aku pg tu jer xde kemalangan kan..

panorama di perjalanan dari Bandung ke Jakarta

Kak lily merenung jauh... teringat cinta hati kat tertinggal la tu.. heheh

apa ye name benda alah ni? tuk-tuk kan.. kat bandung xde. tp kat jakarta sangat banyak.

antara kenderaan awam di jakarta..

mlm sampai My Hotel. tapi aku x capture pun gambo hotel kat sini. entah la.. sebenarnye aku lebih suke di bandung berbanding jakarta. pastu aku dengar mcm2 citer pasal My Hotel ni. group sbelum ni kate My Hotel ni berhantu. lagi la aku cuak.. mcm2 hal.. bilik die sangat sempit. x seselesa mcm kat naval hotel. perasaan takot , x selesa ade. sib baik 1 mlm je tido kat sini. mlm tu aku mengemas sebab esoknye nak balik ke Malaysia.. Tanahairku yang tercinta...

Ok esok aku update last entry aku di Negara ini yer... 
TATA... 


Monday, November 26, 2012

TRIP JAKARTA - BANDUNG - DAY 2

Hai semua.. alhamdulillah dpt jugak aku update blog aku ni. rajin plak la.. ok la ni nak citer pasal hari kedua semasa aku berada di bandung. entry kali ni banyak gambo. so tengok la gambo smpai muntoh.. hohohoho

aku stay kat Naval Hotel Bandung. Bilik kat sini ok.. cantik bersih.. ok la. selesa sangat. 

ni ms bfast kat sini. aku suke makan spegeti die. sedap.. sbb banyak lada hitam..
kak lily.. my roomate..

 korang nampak tak sape yg menunggu kami kat depan bas ni.. pecah telur pak... takot aku. penjaja di sini terlalu ramai.pantang nak bas pariwisata (pelancong)

sebelum nak jejalan kene bergambo dulu. tu wajib.. hehehe

destinasi pertama aku adalah tangkuban perahu. semasa perjalanan ke sini, pak widi ade menceritakan kisah mcm mane wujudnya nama tangkuban perahu. tangkuban perahu ni adalah gunung berapi yang masih aktif dan berbentuk perahu. tapi kisah dongeng pasal tangkuban perahu ni best jugak. tentang sangkuriang dengan dayang sumbi. menarik sgt citer sedar2 dah sampai tangkuban perahu

bas tidak dibenarkan naik sampai ke puncak. so aku kene naik van plak utk naik sampai ke atas. seronok sumer.. heheh

ini la die tangkuban perahu. cantik kan. masih berasap. sebab tu bau sulfur kuat.  takut gak aku. sbb pak widi ckp 2 mggu sblm tangkuan perahu ni ditutup kepada pengunjung sebab tmpt didalam keadaan merbahaya. mcm nak meletop la. al-maklum la, gunung berapi ni kan masih aktif. berani tul diaorg yg duk kawasan ini. Alhmdulillah.. Malaysia xde pun gunung berapi. syukur sangat. 

posing itu wajib biarpun penuh gamba ni.. hehhe

dan lagi.. suke aku.. huhu

ni plak tempat yg wajib untuk bergambar bile dah datang tangkuban perahu. klau xde gambo ni mmg x sah. same jugak. kalo pegi bandung x pegi tangkuban perahu ibarat mcm x lengkap la trip kite tu n wajib ade gambo ni.

posing bersama kak lily

ops!! kami lagik.. huhuhu

bersama ofismate.. cantikkan gamba ni. banyak2 gamba, gamba ni yg aku suker
farah, oja, kak liza, kak wati, zana, aku n kak lily..

view dari tempat skodeng.. heheh  kat bawah tu ade gerai menjual cenderamata. aku x pegi pun. aku skodeng dari sini jer. x larat nak jalan.

name pun dah tempat skodeng kan. so aku skodeng la couple ni skali. haa.. watpe tu.. gamba mas n hubby nyer..

yg x tahan kat tangkuban perahu ni adalah penjaja. adoi.. lemah aku. aku x suggest korang beli cenderamata kat sini sebab mahal. korang bayang la. kalau kaki gunung harga tasbih 5pcs 100k rupiah. kalau kat atas 2pcs 100k rupiah. so banyakkan bezanya. yg penting jgn gatal2 tanya brape harga, nnti diaorg akan ikut korang sampai korang beli. mcm pakse la. aku? mcm biase la. buat bodo. penat weh ngan diaorg. tension aku.

nice view.. cantiknye ciptaan Tuhan.. sangat kagum. kekadang aku tengok view ni mcm kat jepun lak. heheh

korang tengok. kene kerumun dengan penjaja. sorang kene kerumun smpai 4 org. x serabut namenye..

geng aku.. muke tension sbb penjaja asik ikut jer. aku mmg buat muke giler ms ni

selepas penat meredah lautan penjaja di tangkuban perahu, perut terasa lapar.. berenti makan masakan padang. mknan die ok la. aku leh telan. so xde la x sedap mcm yg di gembar gemburkan..

banyak kan menu die. 

ms ni kat rumah mode. factory outlet kat sini..

hensem tak ms bergambo kat sini?? hehehe aku x beli papepun kat sini. mule2 masuk kat dalam ni. tgk baju asik size M, L.. size aku?? so aku pn x beli pape. so aku bergambo jer la kat sini. lagipun badan dah penat ms kat tangkuban perahu..

time to shopping kat toko tiga. tmpt ni best. jeans die murah sangat.. barangan berjanama tau. jeans levis.. tp mcm biase. aku tetap xde size jeans di sini. so aku beli t-shirt hard rock kat sini. kain die sgt best, so aku beli 2 helai. satu tuk aku n 1 satu lgi tuk cinta hati aku di malaysia.. sib baik tshirt ade size..

korang tengok.. penjaja naik sampai kedalam bas. serabut ooi... mlm plak singgah ke cindabuyut. aku x snap pun gambo. penat oo.. x larat nak capture. aku sempat la grab 1 handbag kulit yg berharga 1.5juta rupiah. beli handbag smpai berjuta. hehehe. tp sbnrnye murah. 3++ jer. kulit original n handmade org sane.

ok la esok aku sambung plak untuk hari ke tiga aku di bandung... -